PRN Johor: Mesyuarat Pejuang tumpu keperluan rakyat

Iklan
Gambar kecil: Ulya Aqamah

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bermesyuarat pada Khamis bagi membincangkan perihal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan lebih mendalam.

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, keputusan mesyuarat itu akan menumpukan keperluan rakyat bukannya strategi politik.

Iklan
Iklan

"Kami berpendapat bahawa PRN Johor kali ini menjadi medan untuk kami buktikan khidmat kami kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Pejuang akan meletakkan 42 calon untuk bertanding pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr. Saharuddin Mohd. Salleh memberitahu parti itu tidak akan menyokong mana-mana pihak dan akan bertanding sendirian walaupun tidak di kesemua 56 kerusi di Johor.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun terbuka jika mana-mana parti mahu bekerjasama dengan Pejuang pada PRN negeri kali ini.