PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan tangkap layar tular mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini.
JPM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook pada Rabu menegaskan bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar.