Port penagih di Klang kena gempur

Iklan
Kawasan kediaman di sekitar Klang yang menjadi lokasi panas kegiatan penyalahgunaan dadah digempur pada 21 sehingga 23 Januari lalu.

KLANG - Keasyikan penagih dadah melepas gian di kawasan Bukit Raja, Meru, Kapar dan Bandar Sultan Sulaiman, di sini dikejutkan dengan serbuan polis menerusi Op Tapis Khas sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, operasi itu berjaya memberkas 72 orang yang terdiri daripada 66 lelaki dan enam wanita berusia lingkungan 19 tahun hingga 60-an..

Iklan
Iklan

"Suspek ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah selain ada antara mereka ini berperanan sebagai pengedar kecil-kecilan atau pusher," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Vijaya berkata, polis turut merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu, heroin, ketamin, pil eramin 5 selain air ketum.

Iklan

Katanya, lokasi serbuan di kawasan perumahan flat ini dipercayai antara lokasi panas yang menjadi tumpuan penagih untuk mendapatkan bekalan dadah.

5,200 orang termasuk 76 remaja disyaki penagih dan tokan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di seluruh negara sejak dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Iklan

Operasi bermula dari 21 hingga 23 Januari itu turut merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta.