KUALA LUMPUR - Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul di sini, malam ini.
Difahamkan, Allahyarham yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam tadi.
Iklan
Iklan
Seorang ahli keluarganya berkata, Allahyarham yang terjatuh di dalam tandas ditemui oleh ibunya.
Pada 2018, Gempak melaporkan, Pian mengakui perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.
Menurut Pian ketika itu, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius. - Awani