Jepun separa darurat, EPL tangguh game, kita pula sibuk PRN

Iklan
Foto hiasan

SEMALAM, kes Covid-19 di Malaysia mencecah lebih 4,000 kes. Angka yang masih digeruni oleh rakyat Malaysia.

Namun, ia sekadar angka. Aktiviti harian berjalan seperti biasa dengan amalan norma baharu, malah jangan lupa kita juga akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Situasi itu amat berbeza dengan Jepun kerana negara berkenaan bakal melanjutkan separa darurat di 30 wilayah daripada 47 wilayah bagi menyekat penularan Covid-19.

Menurut laporan Xinhua, ada menteri meminta Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida meletakkan beberapa wilayah di bawah langkah kecemasan.

Iklan

Kes Covid-19 di Jepun melonjak kepada 54,576 kes pada Sabtu lalu, angkara varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

Di Britain pula, Liga Perdana English (EPL) dalam satu kenyataan melaporkan, sebanyak 6,221 ujian Covid-19 dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes positif baharu dikesan.

Iklan

Ia menyebabkan beberapa perlawanan tertangguh dan sejak bulan lalu, sebanyak 22 perlawanan ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19 di pelbagai kelab.

Kita di Malaysia terus rancak tapi jangan terus sampai ‘berdosa’. PRN Johor bakal berlangsung tidak lama lagi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyemak kembali prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kempen.

Apa yang berlaku ketika PRN Melaka tahun lalu wajar dijadikan panduan. Ada pihak meminta SPR memperbetulkan SOP kempen untuk diguna pakai dalam kempen PRU Johor seperti membolehkan ceramah dan mengadakan kempen bersemuka, selain tempoh kempen diperuntukkan 21 hari.

Akhir kata, diharap SPR dapat membuat keputusan terbaik bagi persediaan SOP PRN Johor nanti.