'Kami dah penat tiada air'

Iklan
Hafizuddin mengisi air ke dalam bekas sebagai persiapan akibat sering berdepan gangguan bekalan di Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.. Gambar kanan: Aminah terpaksa mengangkut air dari luar rumah setiap kali berdepan gangguan bekalan.

SUNGAI PETANI-"Kami dah penat dengan masalah air". Itu antara luahan penduduk di Taman Seri Bayu, Sungai Lalang di sini berhubung gangguan bekalan yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hafizuddin Harun, 36, berkata, situasi itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung harap kepada penghantaran bekalan menggunakan lori dari rumah ke rumah.

Iklan
Iklan

Dia yang bekerja di Pulau Pinang berkata, penghantaran bekalan tanpa jadual penggiliran selain jumlah penduduk terjejas yang ramai menyebabkan mereka terpaksa menunggu sehingga awal pagi semata-mata mahukan air terus dihantar ke rumah.

Sementara itu, Zulkarnan Abu Bakar, 48, berkata, ketiadaan air menyukarkan aktiviti harian khususnya untuk beribadat, membersihkan diri sebelum keluar bekerja dan anak-anak yang ingin ke sekolah.

Iklan

"Depa dakwa tangki bocor sebab itu kawasan ini selalu tak ada air.

"Kadang-kadang bekalan air ada waktu pagi sahaja tetapi hanya dua, tiga jam sahaja sebelum habis,"jelasnya.

Iklan
Nurin Zahirah 9, membantu ibunya, Nurhidayah mengisi air dalam tong di Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.

Masalah bekalan air turut menjejaskan Nurhidayah Ibrahim, 34, yang mempunyai bayi perempuan, Natasya Zaharah, 18 bulan yang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, penjagaan bayi yang memerlukan penjagaan eksklusif itu terganggu memandangkan Nurhidayah perlu memastikan bekalan air mencukupi untuk keperluan rumah serta anak-anak lain ketika suami keluar bekerja.

Selain itu, Aminah Hassan, 61, berkata, akibat tidak tahan dengan masalah air yang berlarutan, kebanyakan penduduk telah memasang pam khas bertujuan meningkatkan tekanan bagi membolehkan air disalurkan ke dalam tangki dengan cepat sebagai simpanan yang boleh digunakan ketika berlaku gangguan.

"Sebelum ini kami tidak mahu tetapi bila kebanyakan penduduk dah mula pasang selain umur meningkat, penat nak angkut air masuk ke rumah setiap kali bermasalah, kami terpaksa sediakan kos pemasangan pam khas antara RM300 hingga RM400,"jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Afidah Ahmad, 31, berkata, biarpun masalah air seperti tidak berkesudahan, namun kerja-kerja pembinaan rumah baharu di kawasan berdekatan dilihat sedang rancak dibangunkan.

"Rumah sedia ada di sini sering berdepan gangguan bekalan air, bagaimana nanti bila rumah baharu siap, kami pun tak tahu apa akan jadi nanti," katanya.

Masalah sama pernah dikemukakan melalui laporan akhbar pada Februari dan Oktober tahun lalu, telah mendapat perhatian beberapa pemimpin yang turun padang, namun isu sama masih berlarutan.

Sinar Harian kini sedang menunggu maklum balas pihak berkaitan dalam usaha mengatasi masalah tersebut.