Permintaan vanila tinggi di pasaran global

Iklan
M Feisal menjelaskan potensi tanaman vanila yang mampu menjana pendapatan lumayan.

KUANTAN – Mereka yang tercari-cari jenis tanaman yang berpotensi untuk diketengahkan di pasaran dunia seharusnya mempelopori bidang penanaman orked yang menghasilkan buah vanila.

Ini kerana, vanila asli hanya memenuhi sekitar tiga peratus permintaan di pasaran dunia selebihnya dikuasai campuran ekstrak, esen dan perasa tiruan atau perasa vanila yang dihasilkan secara sintetik.

Iklan
Iklan

Pengusaha tanaman yang juga pemilik jenama Vanilla Temerloh, M Feisal Mohamad Norawi, 37, berkata, ramai yang tidak menyedari potensi pasaran vanila kerana ia yang pertama diusahakan di Semenanjung Malaysia dan tahap kesedaran umum mengenai tanaman ini belum meluas.

"Saya sendiri mengambil masa 10 tahun untuk faham dan fokus dengan penanaman vanila sebelum memberi tumpuan kepada ladang yang bermula sejak 2008.

Iklan

"Ketika itu saya menanam sebanyak 400 pokok dan diusahakan secara sambilan kerana masih bekerja di syarikat swasta. Kerana kekurangan ilmu dan tiada mentor saya sendiri hampir mengetepikan produk yang sangat berpotensi ini.

"Saya sekadar memperoleh ilmu tanaman daripada internet dan seorang guru, Ishak Musa dari Kamlung Pamah Kulat, Raub. Hasil diperoleh sepanjang 2008 hingga 2017 hanya sekitar 89 kilogram sahaja kerana kurang penumpuan kepada kebun. Pada 2017 selepas menyedari permintaan yang tinggi vanila di pasaran dunia, baharulah saya tekad menambah bilangan tanaman kepada 4,000 pokok,” katanya pada sesi temu bual Sinar Live bersama wartawan Nor Khalilah Gusti Hassan.

Iklan

Menurutnya, bermula April 2017 hingga kini, sekitar 2,500 pokok sudah ditanam dan baki 1,500 akan ditanam secara berperingkat di ladang seluas 0.6 hektar.

Dalam pada itu, beliau mengaku tidak menang tangan menerima tempahan pembeli dari Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong, Kemboja, Jerman, Perancis dan United Kingdom yang datang membeli secara terus.

"Kami juga sudah eksport vanila mentah ke sana beberapa tahun lalu. Terbaharu kami menerima permintaan dari sebuah syarikat berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat dan perjanjian jual beli balik hasil yang sedang dilakukan.

"Menyedari potensi ini saya telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada ladang dan perniagaan berkaitan vanila. Orang ramai khususnya anak muda dan penuntut institusi adalah digalakkan menceburi bidang penanaman vanila yang memerlukan tempoh tiga tahun sebelum menghasilkan buah yang pertama.

Harga pasaran semasa vanila ketika ini mencecah AS$800 (RM3,265).

"Harga vanila di pasaran negara bermula dari RM1,400 ke RM2,000 sekilogram mengikut gred. Kami sedang menumpukan projek di lot 2231 Jalan Chenor Lama, Paya Kelubi Kampung Bangau Parit Temerloh

Bagi mereka yang berminat dengan pakej tanaman, M Feisal berkata, Vanilla Temerloh menyediakan pakej tanaman vanila yang boleh dibuat menerusi salah satu kaedah, iaitu konvensional atau moden.

M Feisal kini aktif menyampaikan seminar bagi pengusaha baharu dengan bayaran RM200 seorang sehari.