Djokovic punca kebangkitan Medvedev

Iklan
Medvedev meraikan kejayaannya ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Felix di peringkat suku akhir.

PEMAIN tenis nombor dua dunia, Daniil Medvedev mendedahkan punca dia melengkapkan kebangkitan hebat menentang Felix Auger-Aliassime dalam saingan Terbuka Australia kerana terinspirasi dengan semangat yang ditunjukkan Novak Djokovic.

Menurut pemain kelahiran Rusia itu, Djokovic telah menjadi pemangkin kepada kebangkitannya selepas ketinggalan pada dua set pertama untuk memenangi tiga set seterusnya.

Iklan
Iklan

"Saya tidak bermain dengan baik. Felix menampilkan persembahan yang hebat sekali gus menyebabkan saya terpaksa bekerja keras dalam perlawanan ini.

"Kemudian, saya berfikir sendiri, apa yang akan dilakukan oleh Novak (Djokovic)? Jadi saya berkata, saya akan berusaha sebaik mungkin'.

Iklan

"Selepas itu, saya berjaya meningkatkan tahap permainan dan terus mencari momentum untuk mula bermain dengan lebih baik," katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung Rod Laver Arena itu, Medvedev beraksi agak longlai pada dua set pertama apabila kalah 6-7 (4-7) 3-6 kepada Felix.

Iklan

Bagaimanapun, Medvedev bangkit memenangi tiga set seterusnya,7-6 (7-2) 7-5 6-4 untuk mengatur pertarungan separuh akhir dengan Stefanos Tsitsipas.