Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil (tengah) diiringi Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani (kanan) melakukan gimik menanam anak pokok pada majlis gotong-royong sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri Terengganu di Pantai Teluk Bidara.
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyasarkan penanaman tiga juta pokok menjelang 2025 bagi menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025. - Foto Bernama