Logo PKR membantu semasa PRN Johor

Iklan
Gambar kecil: Tze Tzin

SHAH ALAM - Keputusan untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parti tersebut dianggap membantu dalam memenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin berkata, ini kerana semasa PRN, terdapat banyak persaingan antara parti dan PKR juga bakal bertanding di kawasan luar bandar.

Iklan
Iklan

"Mengapa pakai logo PKR ? Dalam PRN banyak penjuru, logo lama membantu. PKR bertanding dalam kawasan marginal atau rural (luar bandar). Setiap undi penting,” ciapnya di halaman Twitter pada Khamis.

Pada Rabu, Menurut kenyataan akhbar Majlis Presiden PH, PKR akan menggunakan logonya sendiri semasa PRN Johor sementara, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kekal menggunakan logo PH.

Iklan

Menurut kenyataan lagi, keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan khusus mengenai persediaan menghadapi PRN Johor.

Tambah Ahli Parlimen Bayan Baru itu, PH memerlukan strategi yang fleksibel untuk menghadapi situasi semasa negara.

Iklan

"Mohon persefahaman rakan PH. PKR tetap jiwa Harapan,” ujarnya.