DOHA - Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE (NCEMA) mengumumkan akan menarik balik sekatan kemasukan yang dikenakan pada November ke atas pelancong dari 12 negara Afrika berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron mulai 29 Januari, lapor Sputnik.
"Mulai 29 Januari, kemasukan ke UAE untuk ketibaan dari Kenya, Tanzania, Ethiopia, Nigeria, Republik Congo, Republik Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, dibenarkan semula,” ciap NCEMA di Twitter.