Bersatu nafi laporan berkaitan intipati mesyuarat MPT

Iklan
Ahmad Faizal - Foto Bernama

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan laporan media yang melaporkan intipati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, laporan tersebut telah memetik sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan juga bukan kenyataan rasmi daripada Bersatu.

Iklan
Iklan

"Saya ada dalam Bersatu pada malam 25 Januari 2022, saya dengan ini menafikan laporan yang kononnya merupakan intipati perbincangan mesyuarat tersebut berhubung PRN Johor 2022.

"Sebarang kenyataan berhubung ketetapan Bersatu bagi PRN Johor 2022 hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi parti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik isi kandungan laporan asal yang dinafikan.

Berdasarkan perkembangan semasa, terdapat laporan daripada sebuah akhbar berbahasa Melayu yang memetik sumber menyatakan bahawa terdapat dua strategi dibangkitkan dalam mesyuarat MPT Bersatu bagi mendepani Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor.

Iklan

Laporan itu menyebut, strategi tersebut ialah menjalankan kerjasama dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa DAP, sementara strategi kedua adalah tindakan menarik sokongan daripada kerajaan sedia ada.