Jerebu Di Pulau Pinang

Iklan
Pemandangan di ruang udara sebahagian negeri Pulau Pinang kelihatan kabur ketika tinjauan hari ini. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP), Sharifah Zakiah Syed Sahab ketika dihubungi berkata beliau tidak menolak kemungkinan keadaan seakan jerebu di sebahagian Seberang

Perai ini berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Pulau Burung. Namun beliau berkata berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya, kemungkinan tersebut adalah minimum. Semua stesen pemantauan kualiti udara di Pulau Pinang kini mencatatkan status Indeks Pencemaran

Udara (IPU) sederhana iaitu Seberang Jaya (75), Seberang Perai (68), Minden (66) dan Balik Pulau (68). Setakat jam 11 pagi ini, bacaan IPU di Ladang Byram adalah 92. - Foto Bernama.