Sungai Kim Kim sudah bersih

Iklan
Bee Yin (dua, kanan) menunjukkan alat pengesan gas yang digunakan untuk memantau udara. Foto: Twitter Yeo Bee Yin.

PASIR GUDANG - [DIKEMASKINI] Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengesahkan Sungai Kim Kim yang tercemar sejauh 1.5km sudah dibersihkan.

Menurutnya, bagaimanapun petugas masih membersihkan saki baki pencemaran termasuk 30 pasukan digerakkan ke 30 sekolah di sekitar Pasir Gudang untuk memantau kualiti udara.

Iklan
Iklan

"Hari ini kita nak tengok ada apa-apa lagi untuk ‘touch up’, apa yang kita belum bersihkan lagi. Secara keseluruhannya telah dibersihkan. Kita juga akan gunakan ‘gas detector’ untuk kesan apa-apa, untuk memantau kualiti udara.

"Untuk dapatkan sama ada udara kita telah pun secara keseluruhannya dalam tahap selamat. Kita sebelum ini telah buat di tempat-tempat yang berbeza-beza, dan ia di dalam tahap selamat," katanya pada sidang media di Menara Awabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Iklan

Bee Yin berkata, liputan pemantauan akan menjadi lebih besar kerana pembersihan sungai telah siap.

"Kita nak tengok secara keseluruhannya sama ada ia adalah selamat. Oleh itu kita ‘mobilize’ Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia untuk memantau kualiti udara.

Iklan

"Esok kita akan dapatkan semua laporan untuk sehari dan esok kita akan ‘publish result’ pemantauan secara keseluruhan hari ini. Kemudian baulah buat tindakan atau langkah seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, jawatankuasa saintifik sedang mengkaji beberapa perkara untuk mengelakkan gelombang baharu.

"Kita kena cari sama ada kita ada sumber yang lain. Yang kedua adalah sama ada, adanya ‘correlation’ antara apa yang kita bersihkan dengan angka-angka dan lokasi mangsa.

"Jadi kita kena ada ‘correlation’ sebelum fikir pembersihan ini akan menyelesaikan masalah. Dan juga ‘ground water’, kita nak periksa lagi ‘ground water’,” katanya.