Belum SPM sudah mengundi, tercapaikah demokrasi matang?

Iklan
Gambar hiasan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor akan menyaksikan demografi politik baharu. Pengundi berusia 18 tahun akan mula membuat pilihan kali pertama bagi memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan pewartaan pemilih pada 14 Januari lalu, bermakna seramai 749,731 orang muda akan mengundi.

Iklan
Iklan

Pertambahan 30 peratus pengundi baharu pada PRN Johor jika dibandingkan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Biasalah bila ada isu politik, Merak Jalanan memilih berbincang dengan mereka yang ‘ahlinya’ sambil pekena teh ‘cutting’ di tengah Kuala Lumpur.

Iklan

Adakah ia ujian makmal Barisan Nasional (BN) selepas menang besar di Sabah dan Melaka, seterusnya memberikan wave untuk PRU15 atau signal kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempercepatkan pembubaran Parlimen.

"Yalah, kan sudah dua PRN kita menang besar dan bergaya,” kata sahabat pro BN.

Iklan

Perbualan kami, ada yang menyokong dan ada menentang PRN kerana jelas akan melibatkan kos yang besar.

Namun, kami tetap akur, walau apa pun pandangan kami, DUN Johor telah dibubarkan pada 22 Januari lalu.

PRN tetap akan dijalankan dalam masa 60 hari selepas pengumuman pembubarannya, cuma yang menjadi persoalan kami pada perbualan itu adalah sejauh mana negara kita akan mencapai politik matang dengan pertambahan sebanyak 30 peratus pengundi 18 tahun.

Bila difikirkan-fikirkan lagi membuatkan kami berdebar. Adakah mereka sekadar memangkah dan celup jari, kemudian menunjukkan gambar di sosial media.

Tahun ini lebih menarik jika SPR mengumumkan PRN Johor pada Februari kerana pengundi 18 tahun akan mengundi terlebih dahulu sebelum menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021.