MELBOURNE - AUSTRALIA. Selepas menjadi perhatian dunia susulan tindakan beraninya memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning dan videonya tular di media sosial, ' Egg Boy' memberi respons kepada insiden tersebut.
Remaja berusia 17 tahun itu menyiarkan video menyampaikan amaran yang tegas kepada pengikutnya di media sosial yang semakin meningkat.
Dalam video berdurasi 7 saat itu, Will Connolly berkata,"jangan baling telur ke arah ahli politik, atau anda akan dicekik oleh 30 bogan dalam masa yang sama. Saya belajarnya dengan cara yang ‘susah', ” ujar Connolly.
ARTIKEL BERKAITAN: Senator dibaling telur gara-gara kenyataan berhubung insiden masjid di NZ
ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban Christchurch meningkat 50 orang
Bogan, adalah bahasa lokal Australia, untuk menyebut ‘sampah masyarakat’.
Semalam, seorang remaja memecahkan telur di kepala Anning ekoran kenyataan senator itu yang bersifat rasis berkaitan insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.
Insiden itu berlaku ketika Anning sedang ditemu bual dalam satu sidang akhbar dan tindakan remaja itu terakam di kamera media kemudian videonya tular di media sosial turut menyaksikan, Anning bertindak menampar muka remaja berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian tersebut berjaya dihentikan oleh beberapa individu yang berada di lokasi berkenaan.
Ekoran kejadian itu, pengikut remaja itu di media sosial mendadak meningkat dalam masa beberapa jam sahaja.
Dalam kenyataan kelmarin, Anning menyifatkan serangan itu disebabkan penghijrahan pendatang Islam yang semakin meningkat ke New Zealand.
Beliau juga mengundang kecaman dunia kerana menyalahkan serangan yang mengorbankan 50 jemaah Islam itu ke atas pendatang.