'Peniaga acu kapak sudah bayar kompaun KKM'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

LUMUT - Peniaga yang tidak berpuas hati dengan mengacu kapak kepada empat anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah pusat makanan di Kampung Koh, Sitiawan, Selasa lalu telah dikompaun sebanyak RM250.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap peniaga berusia 56 tahun itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, memakai perhiasan diri ketika mengendalikan makanan merupakan salah satu kesalahan yang dikesan dan lelaki terbabit telah melunaskan kompaun tersebut.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan polis dan kita minta peniaga dan masyarakat untuk beri kerjasama baik kepada penjawat awam yang menjalankan tugas menjaga kepentingan pengguna.

Iklan

"Penguat kuasa ambil tindakan supaya memberi didikan kepada peniaga agar dapat mengikuti peraturan," katanya kepada pemberita pada Op Hu- Harimau Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri di sebuah pasar raya di Seri Manjung di sini pada Jumaat.

Mohd Akmal berkata, kompaun yang dikeluarkan terhadap lelaki itu merupakan salah satu tindakan yang diambil dalam pemeriksaan di 231 premis makanan di seluruh negeri.

Mohd Akmal (dua dari kanan) memeriksa produk makanan berkaitan perayaan Tahun Baharu Cina yang dijual di sebuah pasar raya di Seri Manjung pada Jumaat.

Iklan

"Sebanyak 18 pasukan penguat kuasa digerakkan dan sebanyak 141 notis telah dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 dalam pemeriksaan yang dijalankan bermula 16 Januari lalu.

"Empat premis makanan telah diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 akta sama kerana tidak bersih manakala nilai kompaun yang ditawarkan sebanyak RM31,400," katanya.

Kata beliau, operasi itu dijalankan bagi menilai risiko terhadap keselamatan dan kebersihan premis makanan serta pemeriksaan produk makanan di premis jualan makanan.

"Musim perayaan sering mengundang isu kesihatan dan keselamatan makanan terutamanya berkaitan penyediaan makanan dan kualiti produk yang dijual.

"Selain diberi pendidikan kesihatan berkaitan keselamatan makanan, kesemua kesalahan yang dikesan akan diberikan notis pembersihan persekitaran premis," katanya.