Bayi lima bulan cedera dihempap kanak-kanak di rumah pengasuh

Iklan
Tular di media sosial kanak-kanak berusia lima bulan cedera dihempap kanak-kanak berusia dua tahun ketika di rumah pengasuh.

MELAKA - Luluh hati seorang ibu apabila bayi berusia lima bulan yang dijaga pengasuh mengalami kecederaan didakwa dihempap kanak-kanak berusia dua tahun.

Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk melahirkan simpati dan sedih kerana kejadian berlaku didakwa disebabkan kecuaian pengasuh.

Iklan
Iklan

Ibu bayi berkenaan, Siti Nor Asyikin Abdul Kadir, 22, berkata, sebelum kejadian pada Disember tahun lalu, dia menghantar anak keduanya Mohamad Azmil Azli Mohamad Azali ke rumah pengasuh untuk menghantar anak buahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, keesokan harinya pengasuh terbabit memaklumkan anaknya mengalami muntah dan mendakwa mungkin disebabkan ubat yang disapu pada mangsa.

Iklan

Katanya, sehari selepas itu pengasuh menghubungi dan memberitahu bayinya tidak menunjukkan sebarang respon dan dia bergegas ke rumah pengasuh.

"Saya terus ke rumah pengasuh dan ketika dalam bilik saya nampak pengasuh sedang mendodoikan anak saya.

Iklan

"Namun sedih melihat keadaan anak yang bukan nak tidur namun diserang sawan ketika itu, malah pengasuh masih tidak memberitahu punca yang berlaku ke atas bayi saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut Siri Nor Asyikin berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Melaka dan waktu itu baharu pengasuh memaklumkan anak buah didakwa terhempap bayinya ketika pengasuh itu berada dalam bilik air.

"Saya tanya dia kenapa tak beritahu awal-awal dan dia memberi jawapan kerana tidak mahu saya kelam-kabut.

"Disebabkan kecuaiannya anak saya terpaksa menanggung kesakitan dan dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka selama 22 hari sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat selama sembilan hari," katanya.

Tambahnya, akibat kecuaian itu juga anaknya mengalami patah tangan kiri, pendarahan dalam mata dan pendarahan dalam kepala.

Ujarnya, walaupun anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah sejak 16 Januari lalu, namun masih dalam pemantauan doktor selain perlu berulang alik ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.

Menurutnya, berharap insiden yang menimpa anaknya dapat menjadi iktibar kepada ibu bapa lain yang menghantar anaknya kepada pengasuh.

"Saya berharap orang ramai juga dapat bersama mendoakan kesembuhan anak saya dan mahu membawa perkara ini kepada pengadilan," katanya.