Lima lagi penarik kereta bergaduh ditahan

Iklan
Pergaduhan melibatkan 20 individu di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada Rabu lalu.

GEORGETOWN - Polis menahan lima lagi pergaduhan melibatkan 20 individu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Pergaduhan berlaku selepas satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar.

Iklan
Iklan

Ia dikatakan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Insiden melibatkan sekumpulan individu itu telah dirakam orang awam dan tular di media sosial sejak petang Rabu.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.