Tunggu laporan bedah siasat mayat lelaki tangan, kaki terikat

Iklan

TAMPIN - Polis menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui dengan tangan serta kaki terikat di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, laporan itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya pada petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"Laporan berkenaan mungkin memberi petunjuk untuk siasatan selanjutnya. Setakat ini kertas siasatan masih dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Pada Khamis, mayat seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat serta berbungkus selimut di sebuah rumah sewa berkunci di Kampung Repah di sini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menganggarkan mangsa meninggal dunia lebih 24 jam dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.