Salji hitam landa kampung di Rusia

Iklan
Penduduk tempatan mengadu kehadiran salji hitam di Kampung Omsukchan, Rusia baru-baru ini. - Foto The Siberian Times/NeMagadan

MOSCOW - Penduduk di kampung Omsukchan di Magadan, Siberia, Rusia mengadu tentang musim sejuk yang tercemar akibat kehadiran salji dan abu hitam seperti malam baru-baru ini.

Penduduk tempatan di kampung terpencil tersebut menyatakan bahawa anak-anak mereka bermain di jalanan dan taman permainan yang diselubungi abu dan salji hitam.

Iklan
Iklan

Satu rakaman video yang disiarkan oleh seorang penduduk berkata:"Ini adalah taman permainan di kampung Omsukchan. Pada Januari ini, anak-anak kita di luar sana bermain salji hitam. Beginilah cara kita hidup di sini pada abad ke-21."

Seorang lagi berkata:"Ini (adalah) kampung Omsukchan dan salji hitam, hitam sepenuhnya."

Iklan

Penduduk menyatakan bahawa walaupun mengeluh sejak kejatuhan Kesatuan Soviet tiga dekad lalu, tiada apa yang berubah.

"Anak-anak kami masih menghirup debu hitam," kata seorang penduduk.

Iklan

Pegawai pentadbiran wilayah menyatakan bahawa punca mimpi ngeri di Omsukchan dan Seimchan adalah loji air panas yang menggunakan kuasa arang batu. - Agensi