PELAKON, Shima Anuar menerusi Instagram miliknya memberitahu dia bukanlah seorang yang jenis pasang badan setiap hari.
Shima tampil mendedahkan perkara itu ketika sedang mengecat tangga masuk utama restorannya di Podium, Damansara.
"Sebab saya bukannya jenis macam tuan puteri 24 jam seminggu.
"Jadi hari ini, tak ada kasut tumit tinggi, dress dan skirt," ujarnya berbunyi seloroh.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak mahu jadi macam itu: Shima Anuar]
Sehingga kini perkongsian menerusi video itu telah ditonton sebanyak 13,900 dan rata-rata kagum dengan kesungguhannya.
"Untung suami," komen peminat.
"Penat je buat macam tu Shima, tuang je dari atas," komen salah seorang pengguna.
"Kat kelas dulu dia lah yang paling rajin hias kelas. Dah lah dia juga ketua kelas.
"Berkat sampai sekarang. Good job, teruskan kerajinan, sentiasa berjaya," komen rakan.