Lelaki dijel, hapus cincin emas curi

Iklan
Tertuduh, Sawal Mamat, 41, dijatuhi hukuman enam bulan penjara selepas mengaku salah menghapuskan cincin yang dicuri.

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menghapuskan sebentuk cincin emas yang dicuri.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Sawal Mamat, 41, dari Jalan Panji Alam, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghapuskan harta sebentuk cincin milik Norazita Abdul Aziz, 46, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa harta tersebut harta curi, di tepi jalan Kampung Pengadang Akar, di sini, kira-kira jam 10 pagi, pada 3 Jun 2018.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, pada 2 Jun 2018, kira-kira jam 10.30 malam, mangsa tinggalkan rumahnya di Lorong Gemia, Jalan Panji Alam, di sini kerana pergi bermalam di rumah abangnya di Batu Buruk, di sini.

Iklan

Kemudian, pada 3 Jun 2018, lebih kurang jam 12 tengah hari, mangsa sampai balik di rumahnya, dapati jeriji pintu hadapan rumah dalam keadaan terbuka dan cermin tingkap nako bersebelahan pintu ditanggalkan serta tingkap bersebelahan tingkap nako juga terbuka.

Mangsa masuk ke dalam rumah dan dapati ada kesan diselongkar, seterusnya membuat pemeriksaan mendapati 2 utas gelang tangan emas, 2 rantai leher emas, 3 butir loket emas, 3 bentuk cincin emas dan pelbagai lagi barang kemas termasuk wang tunai yang anggaran kerugian keseluruhan RM14,000.