6,661 laman web lucah disekat: SKMM

Iklan
SKMM sekat 6,661 laman sesawang lucah.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat sebanyak 6,661 laman sesawang lucah sejak tahun 2016 sehingga Disember 2021.

Menurut SKMM, sekatan laman sesawang lucah dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima, berlandaskan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Iklan
Iklan

Suruhanjaya itu memaklumkan, kerjasama dan koordinasi telah sedia terjalin antara pihak SKMM dengan penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memadamkan mana-mana kandungan lucah di platform masing-masing.

"Kandungan berunsur lucah sememangnya menjadi kesalahan berdasarkan piawaian komuniti di platform tersebut. Mana-mana kandungan lucah yang dilaporkan akan dipadam menurut piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka,” menurut SKMM dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Mengulas lanjut, SKMM turut melaksanakan inisiatif pemerkasaan komuniti untuk mewujudkan daya tahan yang tinggi terhadap risiko internet dan media baharu.

Maklumnya, terdapat banyak kemudahan lain seperti perisian Kawalan Ibu Bapa (Parental Control Tools) termasuk menyekat dan memantau penggunaan kata kunci oleh anak-anak semasa melayari internet.

Iklan

"SKMM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan perisian Kawalan Ibu Bapa seperti aplikasi Google Family Link.

"Langkah berkenaan membantu ibu bapa memantau kandungan yang dilayari dan mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-anak mereka,” menurut suruhanjaya tersebut.