Dua suri rumah didakwa sembunyikan RM35,000

Iklan
Kedua-dua tertuduh didakwa menyembunyikan wang milik orang lain.

JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan menyembunyikan wang milik orang lain berjumlah RM27,000 di dalam satu akaun, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Noorshilakhartiney Mernie, 32, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Jailani Rahman sejurus kesemua pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, beliau dituduh secara tidak jujur menyembunyikan wang milik Che Norhazwani Mohd Rozi berjumlah RM13,000 dan Sazale Bakar sebanyak RM14,000 ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama Khtijah Mual di Maybank Cawangan Taman Molek pada 8, 9 dan 30 Mei 2017.

Dalam prosiding berasingan, seorang lagi suri rumah, Siti Noraini Zakaria, 35, turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menolong menyembunyikan wang berjumlah RM8,000 milik seorang individu di dalam akaun miliknya.

Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur menolong menyembunyikan wang berjumlah RM8,000 milik Rosida Salleh di dalam akaun yang didaftarkan atas namanya pada 10 dan 11 Mac 2017.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, mereka didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi semua pertuduhan ke atas Noorshilakhartiney sementara RM10,000 untuk Siti Noraini selain menetapkan 2 April ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Syarina Raizan manakala Noorshilakhartiney tidak diwakili peguam dan Siti Noraini diwakili Mohamad Isa Mohamad Basir.