‘Bersatu jangan mendabik dada’

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang suatu ketika dulu mendabik dada akan menggantikan UMNO sedang menghadapi defisit keyakinan dalam kalangan pemimpin sendiri.

Beliau berkata, ia dilihat apabila media menyebut beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Johor mahu keluar parti dan menyertai semula UMNO.

Iklan
Iklan

"Kesahihah berhubung perkara itu pada akhirnya empunya diri jua ada jawapan, namun jika benar ia suatu refleksi yang jelas lagi nyata.

"Maka apakah rasional dan kewajarannya untuk rakyat pula diminta supaya menyakini parti tersebut sedangkan sebahagian pimpinan akar umbinya tidak?

Iklan

"Sebenarnya itulah perbezaan ketara antara tulis dan tiruan, autentik dan rekaan. Pastinya yang original adalah berkualiti berbanding ciplak,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, asas perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara telah lama disemat dalam parti tersebut.

Iklan

Menurut beliau, ia asli bukan retorik atau cuma agitasi politik.

"Bukan juga baru terbentuk atas asas perjuangan politik individu, dendam kesumat, dengki dan sakit hati serta bertujuan menzalimi seteru.

"Kesimpulannya UMNO sebenar-benarnya parti politik yang ikhlas dan jujur mementingkan rakyat serta negara dalam perjalanan politiknya,” ujarnya.

Jelas beliau, parti politik yang cuba menyamai UMNO untuk memperdaya sokongan pengundi hanyalah bayangan semata-mata, tidak benar dan palsu.