Pusat karaoke sedia GRO Korea Selatan diserbu

Iklan
Wanita dipercayai GRO warga Korea Selatan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat karaoke di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menahan enam wanita yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dari Korea Selatan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, turut ditahan dua lelaki warga Korea Selatan dan seorang lelaki Pakistan yang disyaki pekerja di premis itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pusat karaoke itu menawarkan GRO berusia antara 24 hingga 46 tahun sebagai pelayan istimewa dari bilik ke bilik dengan bayaran lumayan sebanyak RM500 bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan selain tip daripada pelanggan.

"Harga sebuah bilik pula mencecah sehingga RM2,000," katanya

Iklan

Bagaimanapun ujarnya, ketika serbuan tiada yang dapat meloloskan diri kerana premis tersebut sudah dikepung sepenuhnya.

"Kesemua suspek ditahan di atas kesalahan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas ekspatriat," katanya.

Iklan
Syamsul Badrin ketika membuat pemeriksaan terhadap wanita warga asing dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.

Syamsul Badrin memberitahu, dalam operasi sama, Imigresen Kuala Lumpur menahan enam wanita warga Thailand dan seorang dari Vietnam dalam serbuan membabitkan tiga buah pusat urut dan refleksologi di sekitar Pandan Indah.

"Bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam," katanya.

Menurut Syamsul Badrin, kesemua mereka ditahan kerana kesalahan menyalahgunakan pas atau permit, tinggal lebih masa dan lain-lain yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, Imigresen mengambil serius aduan awam dan tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.