Rakyat marah jika ada lagi PRN Sabah: Bung Moktar

Iklan
Bung Moktar (empat dari kiri) selepas menyampaikan limau mandarin kepada parti komponen di Bangunan UMNO, di Kota Kinabalu pada Sabtu.

KOTA KINABALU -"Rakyat pasti akan marah jika ada lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah," kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau turut menegaskan tidak akan ada PRN di negeri ini dalam tempoh terdekat dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dipertahankan.

Iklan
Iklan

Ketua UMNO Sabah itu juga menasihatkan ahli parti itu supaya tidak terikut-ikut dengan perkembangan politik nasional yang kritikal dan hampir setiap hari ada isu.

"Kita jangan terikut-ikut dengan rentak yang berlaku. Kita harus melihat keadaan politik Sabah dan mempertahankan kerajaan GRS walau apa pun berlaku.

Iklan

"Kita tidak mahu ada pilihan raya sebab baru setahun lebih dilaksanakan. Jadi kalau ada lagi pilihan raya sudah tentu tidak menyenangkan rakyat," katanya ketika berucap selepas menyampaikan limau mandarin kepada wakil parti komponen, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Bangunan UMNO pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, kerajaan yang dibina akan bertahan hasil sokongan rakyat.

Iklan

"Selebihnya, kita tunggu perkembangan yang akan berlaku," katanya.