KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menghadiahkan komputer tablet kepada wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11, yang tular baru-baru ini menerusi video laporannya mengenai kemunculan ular sawa di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.
Berkongsi keterujaan menonton laporan Muhammad Haziq, Annuar dalam hantaran di Twitter pada Sabtu berkata;"Kesungguhan dan kebolehan adik Haziq perlu digalakkan jadi saya menghadiahkan sebuah gajet buat beliau. Belajar rajin-rajin!”