Video lama tular, KKM jawab pertikaian netizen

Iklan
Video sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin pada 20 September 2021 yang tular dan menjadi pertikaian netizen berhubung suntikan dos ketiga vaksin Covid-19.

SHAH ALAM – Video sidang media oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemberian dos penggalak Covid-19, yang tular ketika ini, ialah petikan video pada September tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, video berkenaan dipetik daripada sidang media Menteri Kesihatan yang dalam rangka lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di KLIA.

Iklan
Iklan

"Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan. Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

"Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.

"Pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan,” katanya.

Iklan

Kenyataan itu berkata, hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.

"Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus Covid-19.

"Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Thailand, Indonesia, dan Singapura,” katanya.

Sebelum ini video sidang media berkenaan menjadi pertikaian netizen selepas menteri kesihatan itu berkata suntikan dos ketiga hanya boleh diberikan kepada mereka yang benar -benar layak mengikut saranan pakar.