SHAH ALAM - Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa dasar Pakatan Harapan (PH) tidak mesra Islam dan dipenuhi dengan pejuang ‘evangelis’.
Beliau mendakwa, ada yang dalam PH dilihat Islamis tetapi memperjuangkan pemikiran Islam yang liberal tanpa keterikatan pada hukum dan bersifat 'post islamisme' (pasca islamisme) yang mencabut akar umbi pemikiran gerakan Islam.