SMTrack nafi dakwaan terlibat dalam projek RFID

Iklan
SMTrack Bhd menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek RFID. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - SMTrack Bhd pada Ahad menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika ini untuk plaza tol di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Azmi Osman berkata, sehingga kini SMTrack tidak terlibat dalam projek itu.

Iklan
Iklan

"Propaganda politik itu tidak bertanggungjawab dan SMTrack akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas untuk melindungi integriti syarikat,” katanya dalam satu kenyataan untuk menyangkal dakwaan baru-baru ini yang tersebar di Internet melibatkan SMTrack.

SMTrack juga menafikan dakwaan bahawa pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat itu adalah berkaitan dengan hubungan politik.

Iklan

Ia juga tidak melibatkan Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebarang tindakan melobi untuk mana-mana projek walaupun Lee adalah pemegang saham utamanya. - Bernama

Iklan