5,000 pemain, 300 pasukan hangatkan Liga SupaRimau

Iklan
Reezal (kanan) berkata sesuatu dengan Hamidin (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Stadium Panasonic Shah Alam. - Foto FB Reezal Merican Naina Merican

USAHA untuk memastikan tiada ketandusan bakat dalam arena bola sepak negara disambut baik oleh ibu bapa dengan penyertaan 5,000 pemain muda dalam Liga SupaRimau yang bermula sejak 15 Januari lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, liga itu yang dilancarkan 30 Mac tahun lepas sewaktu beliau memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, berjaya menarik minat 300 pasukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran itu menunjukkan kejayaan Kementerian Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui Institut Sukan Negara untuk terus memperkasakan Program Pengenalpastian Bakat (TID) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Saya ucapkan tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur bersama, Maxim Event dan Boost Juice atas usaha ini yang membolehkan inisiatif pengenalpastian bakat sukan bola sepak yang lebih menyeluruh dapat dilaksana.

Iklan

"Insya-ALLAH dengan sinergi semua pihak, ikhtiar kita untuk memperkasa sukan negara pasti akan membuahkan hasil," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pada Ahad.

Pada Ahad, beliau bersama-sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, membuat lawatan ke Stadium Panasonic Shah Alam untuk menyaksikan salah satu perlawanan Liga Superimau bagi melihat bakat barisan pemain muda beraksi. - Bernama

Iklan