KUALA LUMPUR- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 11 malam ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara dan selatan lebuh raya itu perlahan berikutan orang ramai masih melakukan perjalanan ke destinasi masing-masing bagi sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa depan.