Aktiviti pendakian di Selangor dibenar bermula Sabtu

Iklan
Infografik mengenai pembukaan semula aktiviti pendakian di HSK di negeri ini pada Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengumumkan pembukaan semula aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini.

Menerusi hantaran Facebook JPNS memaklumkan, aktiviti itu mula dibuka pada Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Pembukaan semula HSK pada 5 Februari (Sabtu) kecuali Gunung Nuang kerana masih dalam tindakan penyelenggaraan JPNS susulan musim tengkujuh lalu," katanya pada Isnin.

Menerusi infografik menunjukkan HSK dibuka di dua daerah iaitu daerah Hutan Selangor Tengah dan daerah Hutan Hulu Selangor.

Iklan

Daerah hutan Hulu Selangor tengah terdiri daripada Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga dan Bukit Kembara.

Selain itu, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Sofea Jane dan Air Terjun Lubuk Tedung.

Iklan

Daerah Hulu Selangor pula di Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi dan Air Terjun Lubuk Kawah.