PKPS menjadi sebahagian daripada sejarah penting kepada industri pertanian Selangor dan memainkan peranan signifikan dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat khususnya petani dan peniaga kecil.
Malah sejak awal penubuhannya, evolusi PKPS daripada sebuah organisasi hanya tertumpu kepada penanaman kelapa sawit kini mula berkembang kepada bidang lain termasuk bidang korporat komersial dan pemasaran.
Menurutnya, fokus ke hadapan PKPS kini adalah untuk mengasimilasi teknologi dan pendigitalan dalam sektor pertanian.
"Kita sedang melaksanakan beberapa fasa pendigitalan di semua peringkat khususnya dalam sektor pertanian bersandarkan kepada kerangka internet of things (IOT), artificial intelligence dan real time analytics.
"Ini bermakna kita akan menumpukan kepada kaedah pertanian moden dengan memanfaatkan tanah sedia ada menggunakan teknologi baharu termasuk membantu bangunkan usahawan tani,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PKPS bertemakan Perkasa Pertanian Moden, Memacu Ekonomi Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam, pada Khamis.
Pelancaran produk itu juga sebagai inisiatif PKPS menembusi industri runcit tempatan dengan membantu memasarkan produk pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Jenama Ehsan juga salah satu inisiatif PKPS untuk penjenamaan dan merombak PKS berbanding tertumpu kepada pertanian atau industri seperti kelapa sawit kepada industri hiliran.
Pelancaran produk segar jenama Ehsan seperti ayam segar, sayur-sayuran dan buah-buahan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin.
Mohamad Khairil mengiringi Amirudin pada majlis pelancaran produk segar jenama Ehsan seperti ayam segar, sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan dipasarkan di premis jualan Wisma PKPS, Shah Alam serta beberapa pasaraya terpilih selain jualan secara dalam talian.
Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.
PKPS mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas itu bagi menzahirkan penghargaan kepada warga kerjanya termasuk kepimpinan terdahulu yang mencorak hala tuju perbadanan sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Khairil berkata, meniti usia 50 tahun, kewujudan PKPS telah menjadi sebahagian daripada sejarah penting kepada industri pertanian negeri berkenaan malah terus mengorak langkah ke hadapan.
Naik taraf hidup rakyat
Menurut Mohamad Khairil, sebagai agensi negeri yang turut diberi tanggungjawab menerajui inisiatif sekuriti makanan, PKPS terus menyusun strategi mampan untuk memastikan rantaian bekalan makanan di negeri ini berada pada tahap optimum.
"Ia seiring dengan pengalaman dan anjakan yang menjadi fokus kepada sambutan Jubli Emas ini, sesuai dengan tema yang dipilih iaitu"Perkasa Pertanian Moden, Memacu Ekonomi Selangor".
"Saya beriltizam untuk terus menjenamakan PKPS sebagai sebuah agensi yang bukan sahaja menjadi pemangkin kepada industri agro-makanan di Selangor, malah mendapat keyakinan di peringkat kerajaan negeri sebagai ejen pelaksana inisiatif rakyat," katanya.
Jelasnya, beberapa program menarik telah direncana untuk memeriahkan Sambutan Jubli Emas PKPS antaranya, Larian Jubli Emas PKPS 2022 serta Karnival Selangor Fruit Valley selain beberapa program jualan murah produk segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
MB mahu PKPS susun strategi mampan
PKPS digesa menyusun strategi yang mampan untuk memastikan rantaian bekalan makanan di negeri Selangor berada pada tahap optimum.
Katanya, sudah tiba masanya bagaimana cara untuk kita mengekalkan bekalan makanan terutama persediaan kita ketika berdepan dengan sebarang krisis.
"Perubahan untuk masa depan tanpa dijangka perlu dilakukan agar situasi sama atau lebih berat boleh ditangani dengan lebih baik menerusi persediaan dan perancangan awal.
"Perlu ada ketangkasan dan adaptasi untuk kita tangani krisis yang mungkin datang dengan skala lebih. Jika situasi lebih berat, krisis atau kualiti negeri maju yang ada pada negeri Selangor akan turut terkesan.
"Perubahan semasa akibat pemanasan global menyebabkan berlaku perubahan suhu tidak terjangka dengan begitu cepat yang turut memberi kesan kepada harga bekalan makanan kerana ia turut mempengaruhi kualiti hasil produk kita," katanya yang hadir pada Majlis Sambutan Jubli Emas Ke-50.
Beliau yakin perkara itu menjadi penelitian utama kerajaan negeri di bawah portfolio Exco Kerajaan Negeri, Hee Loy Sian yang akan fokus tentang langkah harus dilakukan dalam menangani dan beradaptasi dengan perubahan iklim.
Menurutnya, ia termasuk untuk memastikan sektor pertanian terpelihara, risiko bencana alam, kesan perubahan iklim, peralihan monsun dan sebagainya.
Sementara itu, beliau berharap agar PKPS terus mencatatkan kegemilangan sebagai peneraju dan pemancu kepada sektor pertanian negeri Selangor.
"PKPS bukan hanya menjadi sektor sekunder atau sektor hiliran sebaliknya penyumbang penting kepada ekonomi kepada kelestarian pembangunan ekonomi negeri.
"Saya ucap tahniah kepada PKPS bagi 50 tahun yang lepas. InsyaAllah kita akan bergerak 50 akan datang dan semoga PKPS kekal komited untuk terus berbakti kepada rakyat," tambahnya.
"Kita telah menyusun semula PKPS dan membuat perubahan yang sesuai bagi memikul tugas ini," katanya.
Alami perubahan ketara
RUANGAN INFO:
Mengenai PKPS
- PKPS bertanggungjawab memacu sektor pertanian dan agro-makanan negeri sejajar dengan perkembangan sosio ekonomi rakyat Selangor melalui pelbagai projek komersial dan tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) yang berimpak tinggi.
Sejarah PKPS
Visi
Misi