Lelaki parah dihempap batang pokok

Iklan
Anggota bomba membawa mangsa turun selepas berjaya mengalihkan batang pokok yang menghempapnya di Kuala Dipang. - Foto ihsan Bomba Perak

KAMPAR - Seorang lelaki parah selepas sebatang pokok dianggarkan seberat 80 kilogram menghempap bahagian perutnya dalam kejadian di Kampung Pasir, Kuala Dipang di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 36 tahun itu sedang menebang pokok hutan yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Iklan
Iklan

Kejadian menimpa mangsa disedari abangnya sebelum bertindak menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Hisyam Zakariah berkata, sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 petang.

Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati mangsa dalam keadaan duduk dengan sebatang kayu sebesar sepemeluk orang dewasa menghempap bahagian perut dan pinggangnya.

"Ketika itu mangsa masih sedar dan sedang menahan kesakitan. Anggota terpaksa mengggunakan tangga untuk menyelamatkan mangsa.

Iklan

"Gergaji rantai digunakan untuk memotong dan mengalihkan batang kayu itu. Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa 20 minit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Mohd Hisyam berkata, mangsa kemudiannya dibawa turun menggunakan tali dengan penuh berhati-hati berikutan kecederaan yang dialami mangsa.

"Mangsa diserahkan kepada pihak kesihatan dan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kampar," katanya.