Hampir sejuta tandatangan petisyen desak Anning letak jawatan

Iklan
Petisyen desak Anning letak jawatan mendapat sambutan hangat warganet.

SATU petisyen dalam talian di laman web change.org telah diwujudkan bagi mendesak Senator Queensland, Fraser Anning meletakkan jawatan.

Petisyen dimulakan seorang pengguna dari Australia bernama Kate Ahmad itu mengutuk kenyataan Anning yang mengaitkan serangan di dua masjid di Christchurch dengan penghijrahan pendatang Islam ke New Zealand.

Iklan
Iklan

Menurut petisyen itu, kenyataan kontroversi Anning itu tiada tempat di Australia yang merupakan negara berbilang kaum.

Susulan itu, petisyen tersebut mendesak Anning diberikan tekanan agar dia meletakkan jawatan sebagai senator dan disiasat oleh pihak berkuasa undang-undang kerana menyokong keganasan haluan kanan.

Iklan

Setakat jam 2.50 petang tadi, 889, 781 orang telah menandatangani petisyen itu yang menyasarkan sejuta tandatangan.

Rata-rata pengguna terutama rakyat Australia yang menandatangani petisyen itu kesal dengan kenyataan Anning yang berunsur perkauman.

Iklan

Ayisha Pauli berkata:"Tiada tempat untuk perkauman di Australia".

Sementara Adele Tidd berkata:"Anning telah menyinggung perasaan masyarakat di Australia dengan kata-katanya. Dia tidak mencerminkan nilai atau pandangan saya sebagai warganegara Australia".