Eriksen kembali semula ke London

Iklan
Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen kembali semula mewarnai saingan EPL apabila direkrut kelab London, Brentford. - Foto Brentford FC

PEMAIN tengah Denmark, Christian Eriksen kembali semula mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila direkrut kelab London, Brentford selepas kali terakhir menyarung jersi Tottenham Hotspur dari musim 2013 hingga 2020 sebelum ini.

Eriksen yang berusia 29 tahun telah melakukan 51 penampilan bersama Tottenham dengan meledak 226 jaringan sebelum ini, kini dilengkapi dengan perentak jantung itu menandatangani kontrak dengan The Bees kendalian Thomas Frank sehingga akhir musim.

Iklan
Iklan

Pemain yang mula menyarung jersi skuad senior Denmark sejak 2010 itu melakukan 109 penampilan telah menjaringkan 109 gol sebelum insiden di Kejuaraan Euro 2020 lalu, yang menyaksikan dia mengalami serangan jantung ketika berdepan Finland dalam aksi peringkat Kumpulan B.

Susulan insiden itu, Eriksen yang berkhidmat dengan Inter Milan terpaksa memakai perentak jantung, namun peraturan saingan liga Itali tidak membenarkan penggunaan peranti tersebut menyebabkan pemain berkenaan meninggalkan jagoan Serie A atas persetujuan bersama.

Iklan

Namun selepas tujuh bulan insiden di Kejuaraan Euro 2020 itu, Eriksen kini kembali semula memanjangkan karier bola sepaknya apabila menyertai The Bees yang kini berada di tangga ke-14 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Eriksen sebelum menyertai Brentford telah menjalani latihan bersama kelab liga Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam, pasukan pertamanya ketika mula menceburi karier bola sepak profesional di Eropah.

Iklan

"Kelab Bola Sepak Brentford mengesahkan kehadiran pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang tertakluk kepada pelepasan antarabangsa. Dia akan menyertai pasukan ini selepas melengkapkan pemeriksaan perubatan,” kata kenyataan kelab.

Sementara itu Frank berkata,"Kami mengambil peluang yang sukar dipercayai apabila membawa pemain bertaraf dunia seperti Eriksen ke Kelab Bola Sepak Brentford. Sejujurnya saya tidak sabar untuk melihat dia bekerja dengan pemain lain dan staf untuk kembali ke tahap tertingginya.”