Hup Wei mahu layak ke Vietnam secara merit

Iklan
Lee Hup Wei

KEJOHANAN Olahraga Perak All-Comers dan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meraih slot secara merit ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam, pada Mei depan.

Itu keazaman pemenang pingat emas lompat tinggi Sukan SEA Filipina 2019, Lee Hup Wei yang menyasarkan dua kejohanan kompetitif pertama awal tahun tersebut sebagai pentas pemanas badan untuk kembali semula ke prestasi terbaiknya.

Iklan
Iklan

"Biarpun saya masih belum layak secara merit untuk ke Sukan SEA Hanoi Vietnam, namun saya yakin dalam dua kejohanan awal tahun ini mampu menghasilkan keputusan positif berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan sebelum ini.

"Buat masa ini saya dan coach saya akan fokus satu kejohanan ke satu kejohanan terlebih dulu bermula dengan Kejohanan Olahraga Perak All-Comers pada Februari ini.

Iklan

"Selepas itu kami akan fokus pula kepada persediaan untuk ke Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada Mac,” katanya kepada Sukan Sinar, yang juga mengharapkan lebih banyak kejuaraan dianjurkan dalam menyuntik semangat dalam kalangan atlet.

Untuk rekod Kejohanan Olahraga Perak All-Comers yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Februari manakala Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia diadakan pada 4 hingga 6 Mac depan.

Iklan

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini menyasarkan 20 atlet badan induk itu layak secara merit ke Sukan SEA Vietnam, yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei depan.