'Barang rosak belum dapat diganti'

Iklan
Bee Lian dan suami, Kar Seong, kelihatan tenang walaupun jauh di lubuk hati mereka masih bersedih

SHAH ALAM - Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini masih lagi terkesan walaupun selepas lebih sebulan kejadian banjir besar melanda kawasan berkenaan.

Malah ada antara mangsa masih trauma kerana kejadian itu tidak pernah berlaku sepanjang mereka menetap di kawasan perumahan berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Ong Bee Lian, 67, berkata, dia dan suami, Yeo Kar Seong, 74, sehingga kini masih belum dapat melupakan kejadian banjir besar yang melanda.

"Kadang-kala saya juga termenung seorang diri teringat kejadian itu, barang rumah banyak yang rosak dan masih belum dapat digantikan semuanya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, suaminya, Kar Seong berkata, mereka juga perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghidupkan injin kereta baru yang rosak, belum lagi membaiki eksesori dalamannya.

Menurutnya, dengan perbelanjaan yang besar itu, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini menjadi cukup suram bagi mereka malah bagi keluarga mangsa lain yang menyambut perayaan sama.

Iklan

"Perayaan kali ini tidak sama dan tidak banyak yang kami dapat lakukan, kami hanya duduk sahaja di rumah tunggu anak-anak pulang," kata bapa tiga anak itu.

Sementara itu, bagi Irene Ho, 64, pula, dia yang tinggal di Taman Sri Muda dengan suaminya Lee Sy, 68, juga tidak melakukan sebarang persediaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Irene Ho

"Rumah pun kosong sebab semua barang rosak kerana banjir, perasaan takut juga belum hilang, lebih takut apabila hujan lebat melanda kawasan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Banjir yang melanda Selangor dianggap antara terburuk pernah berlaku dalam tempoh tujuh tahun manakala di Taman Sri Muda, ia dilaporkan pertama kali berlaku sejak taman tersebut dibina.

"Rumah saya hampir semua tenggelam. Barang-barang dan peralatan di dapur semuanya rosak, tiada lagi barang, macamana nk sambut Tahun Baharu Cina lagi," kata Irene.