SHAH ALAM - Penggunaan beg plastik akan diharamkan sepenuhnya di Selangor pada 2030 apabila kerajaan negeri menguatkuasakan larangan penggunaannya itu sepenuhnya.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Hee Loy Sian berkata, proses pengharaman penggunaan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berperingkat.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil selaras dengan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastick 2018-2030 dilancarkan Kerajaan Persekutuan, Oktober lalu.
"Kita berpendapat tempoh 11 tahun untuk menjadi negeri bebas plastik agak lama. Kita pasti jika 2030 baru dilaksanakan secara menyeluruh, masalah plastik di negara ini akan menjadi lebih buruk.
"Oleh itu, kerajaan negeri akan mencuba untuk ke arah itu lebih awal, namun kita memberikan masa kepada pembekal untuk menghasilkan bahan ganti beg plastik kepada bahan yang lebih berkualiti selain menjimatkan kos,” katanya.
Beliau
Loy Sian (PKR-Kajang) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Elizabeth Wong (PKR-Lanjan) pada Sidang Dun Selangor di sini, hari ini.
Menurutnya, premis yang masih berdegil menyediakan beg plastik percuma kepada orang ramai akan berdepan tindakan lebih tegas dan hal itu menjadi perkara yang akan dipertimbangkan melalui perbincangan dengan PBT.
"Sebelum ini, kita tidak mengambil tindakan kepada premis yang memberikan beg plastik secara percuma kepada pengguna, namun selaras dengan inisiatif bebas plastik ini, kita akan melaksanakannya,” katanya.
Dalam pada itu, Loy Sian berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik sebaliknya melaksanakan konsep pemberian jika hanya diminta berbanding secara ‘default’ pada kebiasaannya.
"Pada masa ini, kita tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik. Pelaksanaan ini juga selaras hasrat Kerajaan Persekutuan supaya premis makanan tidak lagi memberi (straw) secara automatik,” katanya.
"Larangan yang berkuat kuasa pada tahun depan meliputi larangan ke atas semua premis makanan termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan, di seluruh Selangor,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri akan mengeluarkan notis berkenaan larangan itu kepada semua pemilik premis melalui PBT pada bulan ini.