Serangan di Christchurch tak cetus peningkatan ancaman pelampau kulit putih: Trump

Iklan
Trump tidak melihat insiden tembakan di dua masjid di Christchurch itu mampu mencetuskan kebangkitan pelampau kulit putih di peringkat global.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak apa yang berlaku di New Zealand sebagai peningkatan pengaruh ketuanan kulit putih.

Malah, Trump tidak melihat insiden tembakan di dua masjid di Christchurch itu mampu mencetuskan kebangkitan pelampau kulit putih di peringkat global.

Iklan
Iklan

Trump sebelum ini dikritik kerana dilihat memanjakan pelampau kulit putih di AS dan ia terbukti apabila pemimpin berusia 72 tahun itu enggan menyinggung perasaan nasionalis kulit putih dan neo-nazi selepas insiden rempuhan di Charlottesville yang mengorbankan satu nyawa pada 2017.

"Saya tidak fikir begitu (peningkatan ancaman pelampau kulit putih). Saya fikir insiden di Christchurch adalah perbuatan sekelompok individu yang benar-benar bermasalah," katanya ketika mengulas pembunuhan 50 jemaah masjid oleh pengganas kulit putih, Brenton Tarrant pada Jumaat lalu.

Iklan

Sementara itu, pakar keselamatan AS menolak kenyataan Trump dan menegaskan polisi anti-pendatang dan pembinaan tembok di sempadan Mexico telah menyemarakkan ideologi kumpulan berhaluan kanaan dan supremasi kulit putih di Barat.

"Apa yang berlaku di AS kini melarat ke bahagian lain di dunia," kata bekas Ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan.

Iklan

Malah katanya, peningkatan Islamofobia di Barat berpunca daripada kata-kata berbaur hasutan Trump. - Press TV