DAKWAAN rogol dan menyerang seorang wanita dihadapi penyerang Manchester United, Mason Greenwood menyaksikan beberapa rakan sepasukan mulai 'unfollowed' bintang muda The Red Devils tersebut.
Rakan sepasukan seperti Cristiano Ronaldo, David de Gea, Paul Pogba dan Marcus Rashford telah mula berhenti mengikuti Greenwood di media sosial susulan penahanannya pada Ahad.
Iklan
Iklan
Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini digantung oleh United daripada mengikuti sebarang latihan bersama kelab berikutan dakwaan tersebut.
Dalam pada itu beberapa penaja Manchester United turut menyatakan kebimbangan masing-masing berkenaan dakwaan berkenaan.
Penaja baju TeamViewer, yang mengikat kontrak lima tahun bersama kelab di Old Trafford itu berkata,"TeamViewer mengecam sebarang bentuk kelakuan ganas. Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi kami Manchester United, menghargai tindakan segera dan langkah kelab dalam isu ini. Kami juga percaya pihak berkuasa akan memberikan pencerahan dalam perkara ini."
Rakan kongsi rasmi Cadbury pula mengesahkan akan menggugurkan Greenwood daripada sebarang produk pemasaran sementara dakwaan itu sedang disiasat, berkata:"Cadbury tidak membenarkan keganasan dalam apa jua bentuk."
Sementara itu, England FA kini berada di bawah tekanan untuk menguatkuasakan penggantungan serta-merta tanpa gaji ke atas para pemain yang disyaki melakukan keganasan seksual.