YANGON - Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar pada Isnin mengumumkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi, lapor agensi berita Xinhua.
Lanjutan itu dibuat untuk persiapan pilihan raya umum membabitkan pelbagai parti, kata pengumuman tersebut.
Darurat pertama kali diisytiharkan di Myanmar pada Februari 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negeri dan presiden. - Bernama