Everton talian hayat kedua Alli

Iklan
Dele Alli

PEMAIN tengah England, Dele Alli berpeluang menghidupkan semula kariernya di Everton selepas menyertai kelab Merseyside itu dari Tottenham Hotspur pada Isnin.

Dalam satu pengumuman, Everton berkata, pemain berusia 25 tahun yang memulakan penampilan peringkat senior bersama Milton Keynes (MK) Dons, direkrut dengan kontrak sehingga Jun 2024.

Iklan
Iklan

"Saya gembira dapat menyertai kelab besar seperti Everton, yang di belakangi sokongan padu para penyokong dalam memacu kesinambungan sejarah pasukan.

"Sejujurnya saya tidak sabar-sabar untuk perlawanan pertama saya dengan jersi Everton," kata Alli.

Iklan

Alli sebelum ini tidak begitu menyerlah di Tottenham Hotspur yang disertai dari MK Dons pada 2015, menyaksikan dia bergelut untuk mengekalkan tempat dalam pasukan utama sejak musim lalu.

Kehadiran Alli dijangka kembali memperkuatkan semula cabaran Everton yang kini dikemudikan Frank Lampard.

Iklan

Bekas pengendali Chelsea itu sebelum ini telah pun mendapatkan khidmat secara pinjaman pemain tengah Belanda, Donny van de Beek dari Manchester United sehingga penghujung musim.