20 termasuk dua wanita anjur 'private party' ditahan

Iklan
Seramai 20 individu termasuk dua wanita yang menganjurkan 'private party' ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 3 pagi di Sungai Petani, Kedah pada Selasa.

SUNGAI PETANI - Seramai 20 individu termasuk dua wanita yang menganjurkan 'private party' ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 3 pagi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka berusia antara 18 hingga 25 tahun itu dikesan dari Kedah dan Pulau Pinang dikatakan berada dalam sebuah rumah di kawasan perumahan Darulaman Perdana, Sungai Petani ketika diserbu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua yang ditahan dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal dengan berkumpul dan menganjurkan parti.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kita dapati kesemua mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan

"Mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala untuk dikompaun dan tindakan selanjutnya," katanya.

Menurut Adzli, hasil saringan awal polis mendapati, enam daripadanya positif dadah iaitu lima lelaki positif dadah jenis ketamin dan seorang lagi lelaki positif dadah jenis THC.

Iklan

Kes disiasat mengikut Peraturan 16 (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara 2021) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.