Alvarez pertajam serangan Manchester City

Iklan
Julian Alvarez -Foto AFP

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memperkemaskan bahagian serangan The Citizens apabila merekrut pemain Argentina, Julian Alvarez dari River Plate dengan perjanjian lima tahun setengah, kata juara Liga Perdana Inggeris itu.

Biarpun begitu, penyerang berusia 22 tahun itu akan kekal bersama kelab Buenos Aires tersebut secara pinjaman sehingga Julai 2022.

Iklan
Iklan

Media Argentina melaporkan Manchester City akan membayar River Plate sebanyak AS$26 juta dolar (£19 juta pound) untuk Alvarez, sekaligus menjadikannya penjualan termahal kelab itu sejak Javier Saviola berpindah ke Barcelona pada 2001.

"Sejujurnya Julian ialah pemain yang kami telah pantau sejak sekian lama. Kelab amat gembira apabila berjaya mendapatkan khidmatnya.

Iklan

"Dia mampu beroperasi dalam beberapa posisi lain selain menyerang, dan kami amat percaya dia antara penyerang muda terbaik di Amerika Selatan," kata Pengarah Kelab Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain.

Alvarez yang memulakan debut senior pada Oktober 2018, menjaringkan 36 gol dan 25 bantuan gol dalam 96 penampilan bersama River Plate termasuk ketika membantu kelab itu memenangi kejuaraan Liga Argentina selepas mengatasi Racing Club 4-0 pada November.

Iklan

Selain itu, Alvarez yang membuat penampilan sulung antarabangsa Jun lalu apabila menggantikan Angel Di Maria ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Chile, juga merupakan ahli skuad Argentina yang memenangi Copa America di Brazil pada Julai.

Untuk rekod, Manchester City sebelum ini telah menjual penyerang dari Sepanyol, Ferran Torres kepada Barcelona pada Januari.