Greenwood 'dikeluarkan' dari FIFA 22?

Iklan
Mason Greenwood

PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood tidak lagi ditampilkan dalam mana-mana mod luar talian FIFA 22, apabila EA Sports mengeluarkan pemain berusia 20 tahun itu daripada permainan simulasi bola sepak popular tersebut.

EA Sports pada Selasa mengeluarkan kemas kini pangkalan data untuk FIFA 22 di semua platform, termasuk PlayStation, Xbox dan PC, yang mengalih keluar Greenwood daripada semua mod luar talian dalam permainan serta-merta.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, item FIFA 22 Ultimate Team, pemain berusia 20 tahun itu masih kekal aktif, dengan para pemain masih boleh mendapatkan dan memperdagangkan itemnya dalam sistem pasaran perpindahan dalaman FUT 22.

Nike sebelum ini juga 'menggantung' kerjasama dengan pemain The Red Devils itu berikutan penahanannya.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan berkata:"Kami telah menggantung hubungan kami dengan Mason Greenwood."