Penangkap ular tedung bertarung nyawa selepas dipatuk

Iklan
Suresh dipatuk ular tedung ketika dia cuba menangkap haiwan itu di negeri Kerala pada Isnin lalu. - Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang penangkap ular India yang terkenal kini bertarung nyawa selepas dia dipatuk seekor ular tedung pada paha sepanjang 3.04 meter ketika cuba menyelamatkan haiwan tersebut baru-baru ini.

Penangkap ular itu, Vava Suresh, 48, yang terkenal di negeri Kerala telah muncul di televisyen ketika sedang menyelamatkan ular tersebut di negeri Tamil Nadu pada Isnin.

Iklan
Iklan

Satu rakaman video turut dirakamkan penduduk tempatan menunjukkan detik-detik Suresh digigit ular tedung itu pada paha kanan ketika dia cuba memasukkannya ke dalam guni.

Bagaimanapun, dia pengsan selepas memasukkan ular terbabit dan dikejarkan ke dua buah hospital untuk diberi rawatan akibat patukan haiwan berbisa itu.

Iklan

Dia akhirnya dirawat di sebuah hospital di Kottayam dan doktor menyatakan pada pagi Selasa bahawa dia telah memberi respons terhadap rawatan.

Suresh masih tidak sedarkan diri, lapor akhbar Hindustan Times, tetapi telah mula bernafas dengan sendiri. - Agensi

Iklan